......


Friday, 30 September 2011

seindah pandangan matahari senja ,dan sewangi pewangi paradise ( eau de perfume).

1.... Pannacotta gula melaka

Pannacotta
rasa macam puding tapi lebih pekat/padu







Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2(100ml) cawan susu segar
  • 1(200ml) cawan fresh cream
  • 20g gula melaka
  • 7g gelatin powder + 1/4cwn(50ml) air
  • *Sirap*
  • 40g gula melaka
  • 1/4(50ml) cawan air

Cara-cara

  1. Masukkan susu segar, fresh cream dan gula melaka ke dalam periuk. Sambil dikacau panaskan sehingga nampak mendidih. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan pula gelatin yang telah dicampur dengan air. Kacau sehingga gelatin hancur.
  3. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sambil dikacau sehingga sejuk.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.
  5. Untuk buat sirap pula. Masakkan gula melaka dengan 1/4 cawan air. Panas sehingga mendidih.
  6. Letakkan sirap ke atas pannacotta yang telah beku/ keras








2.....Spaghetti sempoi

Spaghetti
mudah, cuma campak-campak sahaja.





Bahan-bahan ( 5 )

  • 1/2 bungkus spaghetti
  • sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)
  • 1 bungkus ayam/daging kisar
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 cawan sos cili
  • cendawan butang (kuantiti ikut suka)
  • 3 biji bawang putih (dicincang)
  • sedikit aji (kalau nak)
  • garam secukup rasa
  • sedikit air

Cara-cara

  1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut
  2. Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit
  3. Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan)
  4. Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik minyak kira-kira 20 minit




3......( maaf dipinta kerana gambar untuk air asam tiada ) - selamat mencuba.. 

Air asam ini amat sesuai dihidangkan bersama ulam-ulaman.



Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 5 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit cuka
  • 2 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 4 biji limau kasturi

Cara-cara

  1. Goreng cili kering,cili padi dan bawang putih yang dipotong dibelah tiga bersama 2 sudu besar minyak masak.
  2. Goreng sehingga garing sedikit dan angkat.
  3. Kemudian ditumbuk sehingga hancur
  4. Masukkan ke dalam mangkuk. Ditambah bahan-bahan yang belum digunakan lagi. Kacau hingga sebati.
  5. Jangan lupa tambahkan sedikit air.

No comments: