......


Friday, 30 September 2011

aku lupa aku ada kenangan ketika aku bersama kuali itu

( mungkin ini reaksi mak aku ) 


salam kenangan untuk semua ....




aku  terlupa bahawa aku ada satu kenangan yang tidak akan aku lupa , ketika aku di zaman kanak-kanak, hinggalah emak aku percaya kepada aku bahawa aku boleh memegang kuali hitam kesayangannya. 




ketika aku di usia 7 tahun, aku dan sahabat aku , selalu merangcang satu jenis makanan . apa yang melucukan hati aku adalah , kami mencari seberapa banyak jenis daun semata-mata untuk dijadikan sayur ( kononnya la ).. dulu aku memang suka segala aktiviti masak-memasak, main-main doktor, main-main pengantin. ( sebab aku budak sekolah rendah la aku ada pelbagai impian yang tidak masuk akal itu) .. 


kami juga jadikan pasir sebagai nasi, ranting-ranting kecil kami jadikan kayu untuk kami hidupkan api ,dan jalankan aktiviti masak-memasak itu. habis satu badan kotor, baju putih telah berubah warna, sangat-sangat kotor .. 


BILA AKU DEWASA 


Bila aku dewasa , aku mula mencari realiti. mak aku dah bagi aku tanggungjawab.  mak aku bagi aku kuali hitam buayanya itu , dan aku tanpa membuang masa , aku terus menyediakan satu resipi. ( konon-konon ala chef) . aku masak senang sahaja, aku main campak-campak , janji siap . TIBA-TIBA .... 
SAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP.. api keluar dari kuali mak aku , apa nak dibuat , aku terus padamkan api . KALAU NAK DIIKUTKAN CERITA memang berjela entry aku . Jadi dipendekkan , nasib  baik mak aku tidak tengok apa yang keluar dari mulut kuali itu.. 







No comments: