aku ingin mencintai dirimu sebagaimana
aku mencintai diri aku sendiri. Aku ingin memiliki cintamu sebagaimana aku
memilikikeinginan aku sebelum aku mencintai dirimu itu. Aku ingin memiliki
dirimu dengan sabar, kerana dengan kesabaran itulah akan melahirkan satu
hubungan yang akan membawa aku kepada kebahagian untuk suatu hari nanti. Aku
ingin memiliki dirimu untuk akhir hayat aku, yang hanya boleh memisahkan aku
dengan mu hanyalah maut sahaja.
Begitu susah buat aku yang bergelar
seorang remaja, apabila aku menegaskan kepada hati aku, supaya melukanmu, yang
sekian lama aku menanti kehadiran dan ingin melihat wajahmu buat kali kedua,
namun aku takut, kerana bertahun lamanya aku menunggu, dan menanti, dan
penantian itu, aku usulkan dengan doa. Semoga doa itu dimakbulkan.
Aku takut, hampir 8 tahun aku, kuburkan
engkau di dalam sanubari aku, aku menutup segala ruang hati aku, untuk
mana-mana insan , yang ingin kuasai hati aku. Bagi aku hati aku ,hanyalah
milikmu. Aku bukan ego, aku bukan sakit, aku bukan mabuk , namun benar,kerana
ia atas cinta. Kerana cinta aku belum terjawab, yang hampir 8 tahun.
Wajahmu masih aku ingat, wajah mu masih
segar diingatan aku, namamu juga sering aku sebut untuk doa aku, walaupun aku
amat mengetahui bahawa 8 tahun itu sungguh lama, sungguh menyiksakan hati aku,
namun biarlah, pertemuan aku itu, pertemuan yang direstui oleh yang Esa, dan
biarlah aku menjawab untuk yang terakhir kalinya untuk seorang yang bernama
lelaki, dan kadangkala aku juga berharap ia menjadi milik aku, namun Allah itu
maha menentukan. Mungkin juga akan aku lafazkan keramat, bahawa aku mencintai
dirinya, tetapi, mungkin cinta aku, bukan untuk cinta yang akan diijabkan,
mungkin cinta aku telah berubah, namun biarlah pertemuan itu, akan membuang
segala pencarian aku, dan penantian aku buat sekian lamanya, dan ia akan
melegakan aku,sampailah aku menetup mata. Biarlah sekalipun dirinya itu sudah
bergelar seorang suami, atau mungkin bergelar seorang bapa, namun cinta pertama
aku, akan terpahat didinding hati aku.
Andai kata, antara kami pergi untuk
selama-lamanya, aku mohon biarlah suatu saat aku akan berjumpa dengannya di
suatu tempat yang bahagia di sana. Kadang-kadang hati aku juga, terpesona
dengan insan-insan yang begitu suci hatinya, dan mungkin boleh membina sebuah
cinta untuk aku, namun tidak semudah itu, yang pasti wajahmu, namamu, dan
lirikan senyumanmu selalu ada di hadapan aku. Aku tidak boleh melepaskan
sesuatu begitu sahaja ,tanpa akn berkata-kata kepada mu walaupun seminit, yang
pasti biarlah aku mencintai bayang-bayangmu, itu sudah cukup untuk aku, dan
engkau yang bernama muhamad syawal alafi bin che deraman, masih wujud dalam
hati aku, dan tiada siapa yang layak untuk mengganti dia di hati aku, melainkan
Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment