“ Orang putih itu ada, dan beria-ria memancut kata-kata, dengan wang kita dapat membeli sebuah katil, namun tidak semua seekor manusia itu dapat membeli tidur yang lena dan yang akan membawa risian yang bersalut imaginasi indah untuk sekujur tubuh yang nyaman dan bisa meleret-leret atas katil idaman. Wang itu bikin darjat?, wang itu bisa jadi bukit? Yang acap kali didengari suara-suara manja anak-anak kecil “sedikit-dikit lama-lama jadi bukit”, benarkah suara-suara itu, pak-pak hartawan?, atau pak-pak “harta awan”, yang hanya membidas-bidas lalu ditiup angin, hilang di awan bersama awan Columbus dan cumulus”segala kebaikan.
potongan lafaz masih terngia-ngia dari telingan Fatimah “aku nikahkan engkau Deraman bin Ali dengan Fatimah binti Alias, dengan mas kahwin lima puluh ringgit tunai”. “Untuk kamu wahai Fatimah binti Alias, kamu hendahlah mentaati suamimu itu, walau pun ia pahit atau manis, kamu juga perlu bersama suamimu itu, dengan pelbagai macam keadaan sekalipun”. Itulah pesanan-pesanan pertama dan terakhir Tok Kadi selepas Tok Kadi tersebut melafazkan Ijab dan Kabul untuk dua pasangan merpati.
Pagi-pagi yang tenang, seperti sediakala keluarga Deraman itu sibuk dengan tugas kehidupan masing-masing, ada yang mahu ke sekolah, mandi, mencari sesuap nasi untuk mulut isteri, anak, atau untuk mulutnya sendiri, membancuh susu pekat untuk suami serta membancuh susu Dumex untuk si Maimun yang merupakan anak bongsu Deraman yang sedang terngia-ngia dalam bedung yang di gantung pada kasar jantan yang berperanan menyokong atap-atap rumah yang kadang-kala di waktu sang Suria itu sedang menggelegak, dan melaung-laung memancarkan haba yang terik sekali, pasti akan kelihatan bulat-bulat cahaya, ala-ala “pembukaan cerita Mr.Bean” kata Syafiq Iqbal anak kedua Deraman, dan akhirnya menampakkan pantulan itu pada simen-simen yang berkerutuk seperti lompongan-lompongan kawah jerawat batu di muka Deraman, pantulan cahaya itu wujud akibat daripada atap-atap yang sudah tua, berlumut kehitaman dan bermacam aneka gerak kerja yang agaknya sudah menjadi natural dalam kehidupan mereka.
1 comment:
Hebat :)
Teruskan usaha...saya pun x siap lagi
Post a Comment