......


Monday, 31 October 2011

tak salah kalau aku buka -persuratan baru ... hurmm masih dlm pertmbangan ...





persuratan baru yg mmentingkan aspek ilmu dalam karya .. 




Prof. Dr. Zawiah Yahya yang berpendapat begini (merujuk kepada (1) karya persuratan, (2) karya sastera, (3) karya picisan/erotik/lucah): “The most appropriate and challenging but rewarding application of the PB approach will have to be on karya persuratan because it will address issues that are central to PB.  The second category  will be challenging only if there is enough content and form that it  shares with the first category to warrant a rigorous analysis and argument leading to the final judgement. The third category is a non-starter since it is impossible to analyse issues of interest to PB when they are not there in the first place. Obviously most of the works in the second category and all the works in the third category need alternative approaches that can equitably evaluate them within their own writing genre.” (Dr. Zawiah Yahya, Reading Approaches in Malay Literature: Critical Theory in the Making, hal. 61).
Sekiranya kesimpulan Dr. Zawiah Yahya betul dan diterima, bagaimanakah kita dapat menentukan sesuatu karya itu karya persuratankarya sastera, dan karya picisan?  Tiga kategori itu ditentukan oleh gagasan Persuratan Baru, dengan itu ketiga-tiganya perlu dianalisis dengan menggunakan gagasan Persuratan Baru.  Supaya perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami, kita ambil contoh novel Salina oleh A. Samad Said.  Mengikut penilaian Panel Anugerah Sastera Negara, novel ini bermutu tinggi kerana meniru novel Barat dan memakai idea dari Barat sepenuhnya, dan lain-lain ukuran yang disebut oleh Panel dalam laporan mereka. Kesimpulan ini diterima tanpa sebarang sanggahan, sehinggalah munculnya gagasan Persuratan Baru yang meletakkan novel ini dalam kategori ketiga, sebuah novel picisan. Beberapa huraian dan analisis oleh Prof Madya Dr. Mohd. Zariat Abdul Rani tentangSalina (antaranya yang termuat dalam Gagasan Persuratan Baru: Pengenalan dan Penerapan) cenderung untuk membuat kesimpulan bahawa Salina adalah sebuah novel picisan. Keputusan ini tidak mungkin tercapai tanpa analisis yang mendalam dengan menggunakan gagasan Persuratan Baru. Dengan itu kesimpulan Dr. Zawiah Yahya tertolak hampir secara mutlak; apatah lagi jika analisis Prof. Madya Dr. Zariat tentang novel Abdul Kadir Adabi dalamKedudukan Ilmu Dalam Kesusasteraan diambil-kira.








matlamat penting gagasan Persuratan Baru ialah untuk menentukan dalam kategori mana sesebuah karya berada; dan ini tidak dapat ditentukan dengan memuaskan dan meyakinkan tanpa analisis dan penghujahan yang teliti. Paling mudah dilihat di sini ialah kasus novel Salina, yang pada mulanya dikategorikan sebagai karya besar oleh Panel Anugerah Sastera Negara, tetapi ternyata palsu apabila dianalisis dan dihujahkan dari perspektif gagasan Persuratan Baru.  Dilihat dalam konteks ini, jelas sekali gagasan Persuratan Baru berguna besar untuk menentukan kedudukan sesebuah karya, sama ada sebuah karya persuratankarya sastera, atau karya picisan.  Pembahagian ini penting untuk menentukan kualiti sesebuah karya secara tepat dan objektif, seperti yang dilakukan oleh Prof. Ungku Maimunah terhadap novel Salam Maria.  Sekiranya kesimpulan Dr. Zawiah Yahya bahawa ketegori kedua dan ketiga memerlukan pendekatan alternatif yang sesuai dengan genre masing-masing, maka kita akan terus berada di tahap lama, tidak dapat membezakan antara karya bermutu yang berteraskan ilmu yang benar dan mengutamakan wacana dengan karya sastera biasa dan karya picisan yang kini dipandang tinggi oleh Panel Anugerah Sastera Negara

No comments: