aku dengan semangat sekali membuka ruangan cinta aku , iaitu ruangan laptop . aku dengan berwajah bengis, dan tanpa menghiraukan sesiapa sahaja yang mengembara ke bilik 207 , langsung aku tak menghiraukannya. Aku kena fokus 2 perkara utama . satunya untuk aku mendaftar subjek yang belum aku daftar , dan membina jambatan blog baru ..
bukan mudah untuk mencipta blog, memang dari segi luaran agak mudah , namun hati yang tidak seberapa kalam ini , amat susah sekali untuk aku hasilkan blog . Kali ini aku sudah mempunyai 2 blog , blog pertama blog khayalan aku , kenapa aku bisa ngomong begitu " KATA ORANG INDONESIA " , sebab entry blog itu sarat dengan puisi, cinta aku , kisah aku ,dan yang paling menarik untuk aku dalam blog pertama ialah " penantian aku untuk seorang lelaki tetap bersemadi di jiwa kudus ini , walau pun dia hilang tanpa jejak " dialah yang memperkenalkan aku cinta.....
sambil aku buat blog aku, yang tak seberapa , aku dapat satu pesanan ringkas ( sms) jam 8 dari seorang sahabat. mungkin dia baru buat aku , walaupun memang dah lama kami kenal . pada mulanya, begitu susah untuk aku mendekati dirinya, namun bila mengenali baru aku tahu, betapa baik , betapa mesra, dan betapa hebat orangnya, ( rahsia nama ) ... bahaya ,kalau kekawan dapat tahu , mesti dia segan nak kawan dengan aku . APAPUN semoga kamu menjadi SAHABAT untuk aku dikala aku keseorangan dan memerlukan untuk tujuan pertolongan ." KAU BANYAK BANTU AKU UNTUK SEMESTER INI SAHABAT " " terima kasih sekali lagi . aku harap kau akan jadi sahabat untuk aku didunia dan akhirat .
No comments:
Post a Comment