......


Monday, 10 December 2012

salam , hai, hellow . rasanya dah lama  x update status di blog ..........ok mulai detik dan saat ini kita mulakan sesuatu yang baru ok....x ada apa yg nak diperkatakan..minggu nie agak sibuk dengan pelbagai asigmnt ... rindu kampung pon ada . rindu ex pon ada , tapi betul kew dia ex kita .....tapi dalam persahabatan tak semua nya macam jalan yang lurus kan , mesti ada bengkok sikit , apa boleh buat itu lumrah kehidupan sebagai seorang mahasiswa ....esok kita mulakan dengan sesuatu yang baru ok ....:) 

Saturday, 15 September 2012

diary untuk 15/9/2012

sekian lamanya, bercuti, maka hari ni cer dapat menulis lagi. walaupun cer tahu yang blog ini pasti tiada yang membacanya. cer gembira sangat kerana masih diberi kekuatan untuk cer bersama teman sekelas untuk mencari dan mengumpul sekalung ilmu untuk bekalan . Hari ini, semangat aku macam pelik jew . semangat giler untuk buat asigmnt. malam ni aku stdy bagai nak giler . membaca segala fakta dan makta . aku rasa otak aku dah nak tepu , tinggal selangkah aja lagi . apa pon aku harap sangat esok , merupakan hari yang terbaik untuk aku. aku harap sangat esok aku dapat bertemu dengan jodoh aku . siapa agaknya kan ... ahhahaha . gatal .. fokus la weii dekat tesis tuu .. apa pon cau dulu .. malam masih muda .. dan ayuhh studyyy ...  s
:::*** senyumm , dan senyummmm 

9 tahun menunggu , dan ia berakhir dgn ketenangan


aku ingin mencintai dirimu sebagaimana aku mencintai diri aku sendiri. Aku ingin memiliki cintamu sebagaimana aku memilikikeinginan aku sebelum aku mencintai dirimu itu. Aku ingin memiliki dirimu dengan sabar, kerana dengan kesabaran itulah akan melahirkan satu hubungan yang akan membawa aku kepada kebahagian untuk suatu hari nanti. Aku ingin memiliki dirimu untuk akhir hayat aku, yang hanya boleh memisahkan aku dengan mu hanyalah maut sahaja.
Begitu susah buat aku yang bergelar seorang remaja, apabila aku menegaskan kepada hati aku, supaya melukanmu, yang sekian lama aku menanti kehadiran dan ingin melihat wajahmu buat kali kedua, namun aku takut, kerana bertahun lamanya aku menunggu, dan menanti, dan penantian itu, aku usulkan dengan doa. Semoga doa itu dimakbulkan.
Aku takut, hampir 8 tahun aku, kuburkan engkau di dalam sanubari aku, aku menutup segala ruang hati aku, untuk mana-mana insan , yang ingin kuasai hati aku. Bagi aku hati aku ,hanyalah milikmu. Aku bukan ego, aku bukan sakit, aku bukan mabuk , namun benar,kerana ia atas cinta. Kerana cinta aku belum terjawab, yang hampir 8 tahun.
Wajahmu masih aku ingat, wajah mu masih segar diingatan aku, namamu juga sering aku sebut untuk doa aku, walaupun aku amat mengetahui bahawa 8 tahun itu sungguh lama, sungguh menyiksakan hati aku, namun biarlah, pertemuan aku itu, pertemuan yang direstui oleh yang Esa, dan biarlah aku menjawab untuk yang terakhir kalinya untuk seorang yang bernama lelaki, dan kadangkala aku juga berharap ia menjadi milik aku, namun Allah itu maha menentukan. Mungkin juga akan aku lafazkan keramat, bahawa aku mencintai dirinya, tetapi, mungkin cinta aku, bukan untuk cinta yang akan diijabkan, mungkin cinta aku telah berubah, namun biarlah pertemuan itu, akan membuang segala pencarian aku, dan penantian aku buat sekian lamanya, dan ia akan melegakan aku,sampailah aku menetup mata. Biarlah sekalipun dirinya itu sudah bergelar seorang suami, atau mungkin bergelar seorang bapa, namun cinta pertama aku, akan terpahat didinding hati aku.  
Andai kata, antara kami pergi untuk selama-lamanya, aku mohon biarlah suatu saat aku akan berjumpa dengannya di suatu tempat yang bahagia di sana. Kadang-kadang hati aku juga, terpesona dengan insan-insan yang begitu suci hatinya, dan mungkin boleh membina sebuah cinta untuk aku, namun tidak semudah itu, yang pasti wajahmu, namamu, dan lirikan senyumanmu selalu ada di hadapan aku. Aku tidak boleh melepaskan sesuatu begitu sahaja ,tanpa akn berkata-kata kepada mu walaupun seminit, yang pasti biarlah aku mencintai bayang-bayangmu, itu sudah cukup untuk aku, dan engkau yang bernama muhamad syawal alafi bin che deraman, masih wujud dalam hati aku, dan tiada siapa yang layak untuk mengganti dia di hati aku, melainkan Yang Maha Esa. 

Wednesday, 13 June 2012

sekian lama yer cer x buat masalah dekat blogger ni ..salam satu blogger ... pengajian tinggal lagi setahun ..itu pun kalau sempat ..

hurmm apa,yer yang ingin diperkatakan ..oh yeww ,..aq teringan sangat nak berkawan dengan si mamat yang satu n .. tapi dia tu asyik  nak menang aja , tak nak mengaku langsung kesalahan .. apa pun dia jugak la yang sedarkan kesilapan aku .. terima kasih kawan .. tapi kalau lebih dari itu pun aklu setuju aja .. ***malu la lau aq sebut nama mamat tu dekat sini .. namanya di mulai dengan huruf M.T .. AHAHHA .. poyoo benarrr ..ok ar setakat tu aja la utk hari ini .. biasa ar ,,hati masih mencarii :p

Monday, 7 May 2012

terdetik hati aku ..................
mengapa saat ini aku rasa hampir dengan mati . mati menjadi permainan untuk aku . jika aku ditakdirkan pergi untuk selama-lamanya , mohon seluas alam supaya aku berubah dan menuju hati kejalan mu . ketemukan aku dengan orang-orang yang soleh, dan ketemukan aku dengan teman rusuk ku, walaupun bukan untuk tujuan perkahwinan . mungkin esok,mungkin lusa aku mati . kerana minda aku menyebut ,engkau akan mati, mati .mati .. :(

Tuesday, 21 February 2012

MUNGKIN

bermulanya sem 2 tahun , 2 aq berubah.. kenapa ye.. mungkin disebabkan umur telah mengjangkau 22 tahun . MUNGKIN !!! ..

Tuesday, 17 January 2012

bolehkah aku mendapatkan cinta dari seorang manusia

ya,allahh,
ketika di saat ini aku terpinga-pinga mencari realiti hidup aku
kadang kala hati ini begitu hina di matamu ya allah
kadang kala hati ini sunyi, ingin mencari sesuatu yang indah itu begitu susah sekali
berapa banyak aku mencuba, dan terus mencuba namun ia hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan satupun sentuhan hati


Allah , yang maha pemurah dan maha segala-galanya , aku jatuh engkau penemannya, bila aku sunyi engkaulah yang membisikkan kata-kata indah buat aku ..

Sunday, 15 January 2012

malam, ini..

malam ini
seperti biasa, ambil laptop, masak air , buat air secakir.. terasa bahang kepanasan itu.
sambil mendengar lagu yang longlai , aku sempat melayan william shpear.. wah bagusnya ..
sambil mendayu dengan nada muzik juga, sempat aku menjeling pada dinding-dinding putih .. agaknya bila kita akan berjumpa lagi , kerana sudah pasti aku merindui diri-diri yang sumul dan indah..